๐Ÿ“˜Apa Itu Perakaunan? Panduan Lengkap Wajib Tahu Untuk Usahawan Baru

Prefer reading in English? ๐Ÿ‘‰ Read the English version of this article here

Pendahuluan

Apa itu perakaunan? Ramai usahawan baru tertanya-tanya soalan ini ketika mula berniaga. Perakaunan adalah satu elemen penting dalam pengurusan kewangan perniagaan. Tanpa rekod yang betul, perniagaan akan sukar untuk berkembang, merancang bajet, dan memenuhi keperluan cukai.

Dalam artikel ini, kita akan bincangkan apa itu perakaunan, mengapa ia penting, dan bagaimana anda sebagai usahawan boleh mula memahami sistem asas perakaunan dengan mudah dan praktikal.

Apa Itu Perakaunan?

Perakaunan ialah proses mencatat, mengklasifikasikan, menganalisis, dan melaporkan transaksi kewangan sesebuah organisasi atau individu. Ia memberi gambaran keseluruhan prestasi kewangan perniagaan anda.

Dengan pemahaman asas perakaunan, anda boleh tahu ke mana duit keluar dan dari mana ia datang, serta buat keputusan kewangan yang lebih tepat.

Kenapa Perakaunan Penting untuk Perniagaan?

Antara sebab utama anda perlu faham perakaunan ialah:

  • โœ… Mengetahui untung atau rugi
    Elakkan kerugian yang tidak disedari dengan laporan kewangan yang jelas.
  • ๐Ÿ’ฐ Mengurus aliran tunai dengan berkesan
    Pastikan wang sentiasa cukup untuk bayar gaji, bil dan belanja lain.
  • ๐Ÿ“Š Membuat keputusan berasaskan data sebenar
    Perancangan lebih tepat dengan laporan kewangan yang dikemaskini.
  • ๐Ÿงพ Laporan cukai dan audit lebih mudah
    Bila akaun teratur, proses cukai pun lancar dan mengikut undang-undang.

5 Jenis Akaun Asas

Setiap transaksi perniagaan melibatkan salah satu daripada lima jenis akaun berikut. Untuk lebih mudah faham, lihat infografik di bawah:

5 jenis akaun asas perakaunan infografik
Infografik: Jenis akaun penting yang perlu difahami oleh usahawan.
Jenis AkaunPeneranganContoh
AsetMilikan perniagaanTunai, komputer, inventori
BelanjaKos operasiSewa, gaji, utiliti
LiabilitiHutang atau tanggunganPinjaman, bil tertunggak
EkuitiModal pemilikModal permulaan, untung terkumpul
HasilPendapatanJualan produk, servis akaun

Contoh Situasi Mudah Perakaunan

๐Ÿ’ก Contoh Situasi + Catatan Debit & Kredit

SituasiDebitKredit
Aset: Beli komputer berharga RM2,000 untuk kegunaan pejabat (tunai)Peralatan
RM2,000 (Aset)
Tunai
RM2,000 (Aset)
Belanja: Bayar sewa pejabat RM600Sewa
RM600 (Belanja)
Tunai
RM600 (Aset)
Liabiliti: Buat pinjaman RM10,000 dari bankTunai
RM10,000 (Aset)
Pinjaman Bank
RM10,000 (Liabiliti)
Ekuiti: Labur modal permulaan sebanyak RM5,000Tunai
RM5,000 (Aset)
Modal Pemilik
RM5,000 (Ekuiti)
Hasil: Terima bayaran RM2,000 daripada pelangganTunai
RM2,000 (Aset)
Hasil Perkhidmatan
RM2,000 (Hasil)

3 Perisian Perakaunan yang Disyorkan

Kebiasaan syarikat di Malaysia akan gunakan perisian ini untuk memudahkan proses perakaunan:

  • SAP ERP โ€“ Untuk syarikat besar dan korporat
  • MYOB โ€“ Mesra pengguna, sesuai untuk SME(Small Medium Enterprise)
  • Yardi โ€“ Fokus kepada industri hartanah
  • Lain-lain: XERO, QuickBooks, SQL

Prinsip Asas Perakaunan yang anda Perlu Tahu

Untuk memahami perakaunan dengan lebih baik, berikut lima prinsip asas yang sering digunakan dalam penyediaan laporan kewangan:

  1. Prinsip Catatan Bergu (Double Entry)
    Setiap transaksi akan melibatkan dua akaun โ€” satu debit dan satu kredit. Contohnya, jika anda membeli barang tunai, akaun stok bertambah (debit), manakala akaun tunai berkurang (kredit).
  2. Prinsip Ada Bukti (Resit/Invois)
    Setiap duit keluar masuk mesti ada bukti hitam putih โ€” contohnya resit, invois, penyata bank atau slip bayaran. Kalau tiada bukti, susah nak sahkan transaksi tu betul-betul berlaku. Ini penting supaya akaun anda tidak dipersoalkan bila kena audit atau semak cukai.
  3. Prinsip Kos Sejarah (Historical Cost)
    Aset direkod berdasarkan harga asal ketika dibeli, bukan nilai semasa pasaran.
  4. Prinsip Ketekalan (Consistency)
    Kaedah perakaunan yang digunakan perlu kekal sama dari satu tempoh ke tempoh lain. Contohnya, kalau guna sistem tunai, terus guna sistem tunai.
  5. Prinsip Pengasingan Entiti (Separate Entity)
    Kewangan perniagaan perlu diasingkan daripada kewangan peribadi pemilik.

Kesilapan Perakaunan Yang Sering Dilakukan

Ramai usahawan baru tanpa latar belakang akaun buat kesilapan asas seperti:

  • Campur duit perniagaan dengan duit sendiri
  • Tak simpan rekod resit atau invois
  • Guna akaun bank peribadi untuk semua transaksi
  • Tidak merekod belanja kecil (petty cash)
  • Lewat merekod jualan dan bayaran balik

Kesilapan ini boleh menyebabkan audit yang bermasalah, tak dapat mohon pinjaman bank, dan susah kira cukai tahunan. Elakkan awal-awal dengan sistem yang kemas!

Cara Belajar Asas Perakaunan Secara Praktikal

Kalau anda tidak mempunyai latar belakang dalam bidang perakaunan, jangan risau. Anda masih boleh belajar secara berperingkat dengan cara yang fleksibel dan sesuai untuk usahawan. Pendidikan formal seperti diploma atau ijazah sememangnya sangat berguna, tetapi bagi permulaan, anda boleh mula dengan sumber-sumber berikut:

  • ๐ŸŽฅ YouTube โ€“ Terdapat banyak tutorial percuma yang ajar asas perakaunan langkah demi langkah, dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
  • ๐Ÿ’ป Kursus Online โ€“ Platform seperti Coursera, Udemy, atau Shopee Learn menawarkan kursus berkualiti yang murah dan padat.
  • ๐Ÿ“˜ E-Book & Panduan Percuma โ€“ Banyak laman menyediakan e-book asas perakaunan yang boleh dimuat turun secara percuma.
  • ๐ŸŒ Blog seperti fashliaccounting.com โ€“ Anda boleh terus ikuti artikel-artikel praktikal yang ditulis khas untuk usahawan baru.

Penting untuk anda terus menambah ilmu secara konsisten. Bila perniagaan makin berkembang, barulah anda boleh pertimbangkan untuk mengambil kursus perakaunan yang lebih mendalam jika perlu.

Penutup

Sebagai pemilik perniagaan, fahaman asas dalam perakaunan memberikan anda kawalan penuh terhadap kewangan syarikat. Anda tidak perlu jadi akauntan profesional, tapi anda perlu tahu bagaimana untuk mentafsir maklumat kewangan.

Dalam artikel akan datang, kita akan belajar bagaimana nak mula rekod transaksi menggunakan salah satu perisian perakaunan. Teruskan bersama saya untuk belajar langkah demi langkah membina sistem perakaunan yang kukuh untuk perniagaan anda.

๐Ÿ—ฃ๏ธ Artikel ini juga tersedia dalam Bahasa Inggeris: Click here to read the English version

1 thought on “๐Ÿ“˜Apa Itu Perakaunan? Panduan Lengkap Wajib Tahu Untuk Usahawan Baru”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top